10
Kaedah Pembelajaran Koperatif Abad 21
Bagi merealisasikan Pembelajaran Abad 21, guru
haruslah lebih kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk murid.
Pelbagai kaedah dan strategi p&P boleh digunakan bagi membolehkan murid
berkolaborasi dan lebih aktif belajar, antaranya;
1. Kaedah
Jigsaw
a. Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan
b. Dalam kumpulan tersebut ahli dibahagikan kepada
nombor tertentu 1 - 2 - 3 - 4
c. Semua pelajar yang memegang No.1 akan bergerak
ke Stesyen No.1 bagi berbincang dengan ahli daripada kumpulan lain yang juga
memegang No.1
d. Demikian juga dengan No.2, No.3 dan No.4
e. Selesai perbincangan mengenai topik mereka,
pelajar akan kembali ke kumpulan asal dan menjadi pakar bagi topik berkenaan
f. Mereka akan berkongsi hasil perbincangan di
group tadi bersama rakan kumpulan asal.
2. Kaedah
Make a Match
a. Guru menyiapkan beberapa kad yang tertulis
konsep atau topik
b. Setiap pelajar dapatkan sekeping
c. Kemudian mereka akan mencari rakan kelas yang
juga memegang kad dengan topik yang sama
d. Pelajar berbincang menyelesaikan tugas secara
bersama-sama
e. Pelajar diuji dengan buat persembahan atau kuiz
3. Kaedah
Bertukar Pasangan
a. Setiap pelajar mendapat satu pasangan
b. Guru memberikan tugas dan pelajar mengerjakan
tugasan dengan pasangan mereka
c. Setelah selesai setiap pasangan bergabung dengan
pasangan yang lain
d. Masing-masing akan saling bertanyakan soalan dan
mengukuhkan jawapan mereka
e. Hasil perbincangan kemudian dikongsikan semula
dengan pasangan asal.
4. Kaedah
Share n Turn
a. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
b. Duduk dengan kawan atau kumpulan
c. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan
jam
A
ke B
B
ke C
C
ke D
D
ke A atau
Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas
ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kita
semula yang mengandungi 4 isi atau idea.
5. Kaedah
Think Pair Share
a. Berfikir sendirian
b. Bercakap dengan rakan berdua
c. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa
yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
d. Rakan yang lain boleh menyoal (soalan diberi
oleh guru)
6. Kaedah
Gallery Walk
a. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan
yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain (guru memberi
tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
b. Tulis komen positif terhadap hasil kerja
kumpulan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
c. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi
lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.
7. Kaedah
Rally Robin
a. Guru menyoal atau bertanya pelajar
b. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah
kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala
sahaja.
c. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan
ahli kumpulan
8. Kaedah
Menyoal dan Bimbing
a. Meminta pelajar menulis soalan di kad
b. Jawapan ditulis di belakang
c. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
d. Kad diserahkan kepada pelajar
e. Masa diberi untuk pelajar baca soalan dan
jawapan
f. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan
kad untuk disoal
g. Pemegang kad memberi klu untuk menjawab soalan
tersebut
h. Bertukar rakan untuk soal dan jawab
9. Kaedah
Idea Rush
a. Fikir apa
yang guru soal
b. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan
dengan kuat
c. Pelajar lain tidak dibenarkan menulis idea yang
sudah ditulis oleh rakan
d. Kumpulan semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang
terbaik
10. Kaedah
Fan n Pick
a. Duduk dalam kumpulan
b. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri
sendiri
Cth : 1 -
2 -3 - 4
c. Tunggu guru memberi kad
d. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk
membaca, mencabut dan menjawab soalan
No. 1
: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
No. 2
: menjawab soalan
No. 3
: menilai jawapan betul atau salah
No. 4
: merumus jawapan tersebut
sumber: cikguhailmi.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan