Panduan Mengurus Pegawai Tidak
Hadir Bertugas [klik sini]
Ketidakhadiran bertugas merupakan
kesalahan tatatertib yang sering dilakukan oleh pegawai awam. Ia berdasarkan
statistik keskes tatatertib (tahun 2002 hingga 2010) yang dilaporkan oleh Ketua
Jabatan dan jumlah kesalahan tidak hadir bertugas ini menyumbang sebanyak 50
peratus daripada keseluruhan kes-kes tatatertib pegawai awam setiap tahun.
Di bawah Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas bermaksud
tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa pada masa dan di tempat di mana pegawai
itu dikehendaki hadir bertugas serta tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah.
Pegawai yang tidak hadir bertugas
boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A)395/1993]
dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga buang kerja.
Peranan Ketua Jabatan
Ketua Jabatan/Penyelia hendaklah
bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tindakan kawalan dan pengawasan
tatatertib terhadap pegawai bawahannya. Kuasa ini diperuntukkan dalam Peraturan
3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
[P.U.(A)395/1993] dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
Di bawah Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai yang gagal
menjalankan kawalan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan
terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakannya
tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
Tindakan awal perlu diambil oleh
Ketua Jabatan atau penyelia dengan memantau pegawai bawahan masing-masing dan
menegur atau memberi nasihat supaya pegawai sentiasa mematuhi waktu bekerja.
Jika teguran dan nasihat telah diberi oleh Ketua Jabatan/Penyelia, namun
pegawai masih mengulangi kesalahan yang sama maka tindakan melaporkan dengan
kadar segera kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan mengikut kategori
yang bersesuaian sebagaimana panduan ini.
Kategori Tidak Hadir Bertugas
sumber: cikgushare.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan