Bahagian Tajaan Pendidikan adalah bertanggungjawab
menguruskan cuti belajar jangka sederhana dan jangka panjang kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) bagi
mengikuti pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama dan Ijazah
Lanjutan di Institusi dalam dan luar Negara.
Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menambahbaik
sistem penyampaian maklumat, Bahagian Tajaan Pendidikan telah menghasilkan
Garis Panduan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan. Adalah diharapkan garis panduan ini boleh dijadikan sebagai panduan
dan rujukan pihak tuan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan cuti
belajar.
Sebarang pertanyaan mengenai Garis Panduan ini sila
hubungi pegawai berikut:
(i) Encik Azlan bin Ibrahim
No. Tel : 03-8321 7158
E-mel : azlan.ibrahim@moe.gov.my
(ii) Puan Zalina binti Morad
No. Tel : 03-8321 7143
Tiada ulasan:
Catat Ulasan