::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

11 April, 2016

Akta Kerja 1955 – Hari Rehat, Tempoh Masa Kerja, Hari Kelepasan


58A. Tak pemakaian Bahagian XII.

Bahagian ini tidak terpakai kepada mana-mana terma atau syarat perkhidmatan yang diperuntukkan dalam mana-mana perjanjian kolektif yang telah dimasuki sebelum mula berkuatkuasa Bahagian ini dan diambil tahu oleh Mahkamah Perusahaan atau dalam mana- mana award yang dibuat oleh Mahkamah Perusahaan semasa perjanjian kolektifatau award masih berkuatkuasa.

59. Hari rehat

(1) Setiap pekerja hendaklah dibenarkan dalam setiap minggu satu hari rehat sehari penuh sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh majikan, dan sekiranya pekerja dibenarkan lebih daripada satu hari rehat dalam satu minggu maka hari rehat yang terakhir daripada hari-hari rehat tersebut hendaklah menjadi hari rehat bagi maksud-maksud Bahagian ini:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini hendaklah tidak terpakai dalam tempoh pekeija itu sedang cuti bersalin sebagaimana yang dipemntukkan di bawah seksyen 37 atau sedang cuti sakit sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 60p, atau dalam tempoh ketidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952, atau di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

(IA) Walaupun subseksyen (1) dan tafsiran perkataan “hari” dalam seksyen 2(1), dalam hal seorang pekerja yang terlibat dalam kerja syif mana-mana tempoh berterusan yang tidak kurang dari tiga puluh jam hendaklah merupakan satu hari rehat.

(IB) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Ketua Pengarah, atas permohonan bertulis oleh majikan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, boleh membenarkan majikan itu memberikan hari rehat bagi setiap minggu pada mana- mana hari dalam bulan di mana hari-hari rehat itu termasuk dan hari yang diberikan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hari rehat pekerja bagi maksud-maksud seksyen ini.

(2) Majikan hendaklah menyediakan sebuah jadual sebelum permulaan bulan di manajatuhnya hari-hari rehat bagi memberitahu pekerja itu hari-hari yang ditetapkan sebagai hari-hari rehat pekerja di dalamnya, dan sekiranya hari yang sama dalam setiap minggu telah ditetapkan sebagai hari rehat bagi semua pekerja di tempat pekerjaan itu, majikan bolehlah, sebagai ganti kepada penyediaan suatu jadual, mempamerkan suatu notis di tempat yang boleh dilihat di tempat pekerjaan itu memberitahu pekerja hari rehat tetap yang ditetapkan sedemikian.

(3) Setiap jadual tersebut dan setiap butiran yang dicatatkan di dalamnya hendaklah disimpan dan hendaklah dibenarkan untuk pemeriksaan bagi suatu tempoh tidak melebihi enam tahun daripada hari terakhir bulan di mana jadual itu disediakan atau disebabkan supaya disediakan.

(4) Mana-mana majikan yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

60. Kerja pada hari rehat.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 60A

(2), tiada pekerja yang boleh dipaksa bekerja pada sesuatu hari rehat melainkan ia terlibat dalam kerja yang dengan sebab jenisnya memerlukan supaya dijalankan secara berterusan atau bersam-bungan oleh dua atau lebih syif:

Dengan syarat bahawa sekiranya timbul apa-apa pertikaian Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada atau tidak seseorang pekerja terlibat dalam kerja yang dengan sebab jenisnya memerlukannya dijalankan secara berterusan atau bersambungan oleh dua atau lebih syif.

(2) (Ditinggalkan).

(3)(a) Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah mengikut harian, setiap jam atau lain-lain kadar yang serupa yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah dibayar untuk mana-mana tempoh kerja: (i) yang tidak melebihi setengah masa-masa kerjanya yang biasa, satu hari upah pada kadar upah biasa; atau

(ii) yang melebihi lebih daripada setengah tetapi tidak melebihi tempoh masa kerjanya yang normal, dua hari upah pada kadar upah biasa.

(b) Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah bulanan yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah dibayar untuk mana-mana tempoh kerja:

(i) yang tidak melebihi setengah tempoh masa kerjanya yang normal, upah yang sama dengan setengah kadar upah biasa bagi kerja yang dilakukan pada hari tersebut; atau

(ii) yang lebih daripada setengah tetapi tidak melebihi tempoh masa kerjanya yang biasa, satu hari upah pada kadar upah yang biasa bagi kerja yang dilakukan pada hari tersebut.

(c) Bagi mana-mana kerja yang dilakukan yang melebihi tempoh masa kerja yang normal pada satu hari rehat oleh seseorang pekerja yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau (&), ia hendaklah dibayar pada kadar yang tidak kurang daripada dua kali ganda kadar upahnya mengikutjam.

(d) Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah dibayar dua kali ganda kadar upah biasanya bagi satu kerja.

60A. Waktu kerja.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, seseorang pekerja tidak boleh dikehendaki di bawah kontrak perkhidmatannya bekerja:

(a) lebih daripada lima jam berturut-turut tanpa tempoh kelapangan tidak kurang daripada jangka masa tiga puluh minit;

(b) lebih daripada lapanjam dalam satu hari; (c) melebihi tempoh masa sepuluhjam dalam satu hari; (d) lebih daripada empat puluh lapan jam dalam satu minggu:

Dengan syarat bahawa:

(i) bagi maksud subseksyen (l)(a) apa-apa gangguan yang kurang daripada tiga puluh minit dalam tempoh lima jam berturut-turut tidaklah memutuskan keberterusan tempoh limajam berturut-turut itu;

(ii) seseorang pekerja yang terlibat dalam kerja yang mesti dijalankan berterusan dan yang memerlukan perhatiannya yang terus-menerus boleh dikehendaki bekerja selama lapan jam berturut-turut termasuk tempoh atau tempoh-tempoh yang tidak kurang dari empat puluh lima minit kesemuanya di mana dalam tempoh itu ia mempunyai kesempatan untuk makan; dan

(iii) sekiranya, melalui perjanjian di bawah kontrak perkhidmatan di antara pekerja dan majikan, bilangan jam kerja pada sehari atau lebih dalam seminggu kurang daripada lapan jam bolehlah dilampaui pada hari-hari yang masih tinggal dalam minggu itu, tetapi tiada pekerja boleh dikehendaki bekerja lebih dari sembilan jam dalam satu hari atau empat puluh lapan jam dalam satu minggu.

(IA) Ketua Pengarah boleh, atas permohonan bertulis seorang majikan, memberi kebenaran kepada majikan itu untuk memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan mana-mana satu atau lebih daripada pekerja-pekerjanya, atau dengan mana-mana kelas, kategori atau perihal pekerja-pekerjanya, memerlukan pekerja atau pekerja-pekerja, atau kelas, kategori atau perihal pekerja-pekerja, mengikut mana yang berkenaan, untuk bekerja lebih masa dari had waktu bekerja yang ditetapkan di bawah subseksyen-subseksyen (l)(a), (b), (c) dan (d) tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, jika ada, sebagaimana Ketua Pengarah boleh sifatkan patut untuk mengenakan, jika ia berpuas hati bahawa ada keadaan-keadaan khas berhubung dengan perniagaan atau akujanji majikan yang menyebabkan perlu atau bermanfaat untuk memberi kebenaran tersebut:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa membatalkan kelulusan yang diberi di bawah subseksyen ini jika ia ada sebab untuk mempercayai bahawa adalah bermanfaat untuk berbuat demikian.

(1e) Mana-mana orang yang tidak puas hati dengan apa-apa keputusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (IA) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari keputusan tersebut disampaikan kepadanya, merayu secara bertulis terhadapnya kepada Menteri.

(1c) Apabila suatu rayuan dibuat kepadanya di bawah subseksyen (IB) Menteri boleh membuat keputusan atau perintah tertentu di atasnya sebagaimana nampaknya adil, dan keputusan atau perintah tersebut adalah muktamad.

(2) Seorang pekerja bolehlah dikehendaki oleh majikannya supaya melebihi had masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) dan bekerja pada suatu hari rehat, dalam hal—

(a) kemalangan, sebenar atau diancam, dalam atau berkaitan dengan tempat kerjanya;

(b) kerja, perlaksanaannya adalah perlu kepada kehidupan masyarakat;

(c) kerja yang perlu bagi pertahanan atau keselamatan Malay- sia;

(d) kerja segera yang hams dilakukan ke atas jentera atau loji;

(e) suatu gangguan keija yang tidak mungkin dapat ditelah;

atau

(f) kerja yang harus dilakukan oleh pekerja-pekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan yang perlu kepada ekonomi Malaysia atau mana-mana perkhidmatan perlu sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat dan memutuskan sama ada atau tidak majikan boleh memanggil pekerja untuk bekerja dalam keadaan- keadaan yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan (a) hingga (f).

(3)(a) Bagi mana-mana kerja lebih masa yang dijalankan melebihi masa kerja yang normal, pekerja hendaklah dibayar pada kadar tidak kurang daripada satu setengah kali ganda kadar upahnya mengikut jam tanpa mengira asas penetapan kadar upahnya.

(b) Dalam seksyen ini “lebih masa” ertinya bilangan jam kerja yang dibuat melebihi masa kerja yang normal sehari:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana kerja dijalankan selepas tempoh masa sepuluh jam, maka kesemua tempoh bermula dari waktu tempoh masa tersebut berakhir sehingga ke masa pekerja berhenti kerja bagi hari itu hendak disifatkan sebagai lebih masa.

(c) Bagi maksud-maksud seksyen ini, seksyen 60, seksyen 60D (3)(a) dan seksyen 60i, “waktu kerja normal” ertinya bilangan jam kerja yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja dalam kontrak perkhidmatan sebagai waktu-waktu kerja yang biasa dalam sehari dan waktu-waktu kerja tersebut hendaklah tidak melebihi had-had yang ditetapkan dalam subseksyen (1).

(4)(a) Tiada majikan boleh menghendaki atau membenarkan pekerja supaya bekerja lebih masa melebihi had tersebut se- bagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan peraturan-peraturan yang dibuat sedemikian bolehlah memper- untukkan had-had yang berlainan bagi golongan-golongan, kategori- kategori atau perihal-perihal pekeija yang berbeza, dan peraturan- peraturan itu bolehlah juga memperuntukkan bagi golongan- golongan, kategori-kategori atau perihal pekerja-pekerja sebagai- mana yang ditetapkan supaya dikecualikan daripada pemakaiannya:

Dengan syarat bahawa mana-mana kerja yang dibuat pada suatu hari rehat, atau mana-mana hari kelepasan yang diwartakan yang dirujukkan dalam seksyen 60D (1), atau pada mana-mana hari kelepasan berbayar yang digantikan kepadanya di bawah seksyen 60D, hendaklah tidak ditafsirkan sebagai kerja lebih masa bagi maksud-maksud subseksyen im:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Ketua Pengarah boleh, atas permohonan dibuat kepadanya secara bertulis oleh majikan atau pekerja atau kumpulan pekerja, membenarkan mana-mana pekerja yang tertentu, atau mana-mana kumpulan, golongan atau perihal pekerja, atau mana-mana kumpulan, golongan, kategori atau perihal pekerja dalam mana-mana perusahaan, kegiatan atau pertubuhan tertentu supaya bekerja lebih masa melebihi had waktu yang ditetapkan itu, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, jika ada, sebagaimana yang ia fikir sesuai untuk mengenakan.

(aa) Mana-mana orang yang tidak puas hati dengan mana-mana keputusan Ketua Pengarah yang dibuat di bawah perenggan (a) bolehlah, dalam masa tiga puluh hari keputusan tersebut diberitahu kepadanya, merayu secara bertulis daripadanya kepada Menteri.

(ab) Dalam memutuskan apa-apa rayuan yang dibuat kepadanya di bawah perenggan (aa), Menteri bolehlah membuat keputusan tertentu atau perintah ke atasnya sebagaimana yang adil dan keputusan tersebut hendaklah muktamad.

(b) Bagi maksud-maksud menghadkan lebih masa di bawah subseksyen ini “lebih masa” hendaklah mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam subseksyen (3)(b).

(5) (Ditinggalkan).

(6) Menteri bolehlah membuat peraturan-peraturan bagi maksud- maksud mengira bayaran yang perlu dibayar bagi kerja lebih masa kepada pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja.

(7) Kecuali dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (2)(a), (b) (c), (d} dan (e) tiada majikan boleh memerlukan mana-mana pekerja di bawah apa-apa keadaan kepada bekerja lebih daripada dua belasjam dalam mana-mana satu hari.

(8) Seksyen ini tidak terpakai kepada pekerja-pekerja yang terlibat dalam kerja yang oleh sebab jenisnya melibatkan pekerjaan yang tidak aktif atau pekerjaan menunggu untuk waktu-waktu yang lama.

(9) Bagi maksud-maksud Bahagian ini “waktu-waktu kerja” ertinya jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakannya sendiri.

60B. Tugas kerja.

Tiada apa-apa yang terkandung dalam Bahagian ini boleh menghalang mana-mana majikan daripada membuat persetujuan dengan mana-mana pekerja bahawa upah-upah pekerja tersebut akan dibayar pada kadar yang dipersetujui mengikut tugas, iaitu jumlah kerja yang tertentu yang akan dilakukan dan bukan mengikut hari atau keija.

60c. Kerja syif.

(1) Walau apa pun seksyen 60A (1)(b) (c) dan (d) tetapi tertakluk kepada subseksyen (1)(a) di dalamnya, seseorang pekerja yang teriibat di bawah kontrak perkhidmatan dalam kerja syif bolehlah dikehendaki oleh majikannya supaya bekerja lebih daripada lapan jam dalam mana-mana satu hari atau lebih daripada empat puluh lapanjam dalam mana-mana satu minggu tetapi purata bilanganjam bekerja dalam mana-mana tempoh, atau apa-apa tempoh melebihi tiga minggu sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, hendaklah tidak melebihi empat puluh lapanjam seminggu.

(1A) Kelulusan Ketua Pengarah dalam subseksyen (1) boleh diberi jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas mengenai perniagaan atau urusan majikan yang menjadikannya periu atau suaimanfaat baginya untuk memberikan kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan.

( 1B) Ketua Pengarah boleh membatalkan kelulusan yang diberi di bawah subseksyen (1A) pada bila-bila masa jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa adalah suaimanfaat untuk berbuat demikian.

(2) Kecuali dalam keadaan-keadaan yang ditetapkan dalam seksyen 60A(2)(a), (b), (c), (d) dan (e), tiada majikan boleh memerlukan mana-mana pekerja yang diambil kerja di bawah kontrak perkhidmatan dalam kerja syif boleh bekerja lebih daripada dua belas jam dalam mana-mana satu hari.

(3) {Ditinggalkan}.

60D. Hari kelepasan.

(1) Setiap pekerja hendaklah berhak mendapat hari kelepasan berbayar pada kadar upah biasanya pada hari-hari berikut dalam mana-mana tahun kalendar:

(a) pada sebelas hari kelepasan am yang diwartakan, empat daripadanya hendaklah-

(i) Hari Kebangsaan;

(ii) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;

(iii) Hari Keputeraan Raja-raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana yang berkenaan, bagi Negeri di mana pekerja keseluruhannya atau sebahagian besamya bekerja di bawah kontrak perkhidmatannya, atau Hari Wilayah Persekutuan, jika pekerja keselumhannya atau sebahagian besamya bekerja di Wilayah Persekutuan; dan

(iv) Hari Pekerja:

(v) Hari Malaysia

(b) pada mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana hari kelepasan am yang dirujuk di perenggan-perenggan (a) dan (b) jatuh pada hari rehat maka hari bekerja berikut selepas sahaja hari rehat tersebut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai ganti untuk hari kelepasan am tersebut.

(IA) Majikan hendaklah mempamerkan dengan ketara di tempat pekerjaan sebelum bermulanya setiap tahun kalendar suatu notis

menyatakan enam hari kelepasan yang diwartakan yang masih berbaki yang sebagaimana yang dipemntukkan dalam subseksyen

(1) (a) mana pekerja-pekerjanya berhak mendapat hari kelepasan berbayar di bawah subseksyen (1) (a):

Dengan syarat bahawa secara perjanjian di antara majikan dan pekerja mana-mana hari atau hari-hari bolehlah digantikan bagi satu atau lebih daripada baki enam hari kelepasan yang diwartakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) (a):

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa majikan boleh memberikan pekerja mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti untuk mana-mana hari kelepasan yang dirujuk di dalam subseksyen (1) (b).

(1B) Sekiranya mana-mana hari kelepasan am itu atau mana- mana hari lain yang digantikan kepadanya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) atau (1A) jatuh dalam tempoh di mana pekerja sedang dalam cuti sakit atau cuti tahunan yang mana pekerja itu berhak di bawah Akta ini, atau jatuh dalam jangka masa tempoh ketidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan hendaklah memberikan hari yang lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti bagi hari kelepasan am atau hari yang digantikan itu.

(2) Mana-mana pekerja yang tidak hadir kerja pada hari kerja sebelum atau selepas hari kelepasan am atau dua atau lebih hari-hari kelepasan am berturut-turut atau mana-mana hari atau hari-hari yang digantikan kepadanya di bawah seksyen ini tanpa kebenaran terdahulu daripada majikannya adalah tidak berhak mendapat apa- apa bayaran hari kelepasan untuk hari kelepasan tersebut atau hari- hari kelepasan terturut-turut melainkan ia mempunyai alasan munasabah bagi ketidakhadiran itu.

(2A) Seseorang pekerja yang dibayar pada kadar upah bulanan hendaklah dianggap sebagai telah menerima bayaran hari kelepasannya jika ia menerima daripada majikannya upah-upah bulanannya, tanpa potongan (selain daripada sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2)) berkaitan dengan hari kelepasan, bagi bulan di mana hari kelepasan itu jatuh.

(3) (a) Walau apa pun subseksyen (1), (1A) dan (1B) mana-mana pekerja boleh dikehendaki oleh majikannya bekerja pada mana- mana hari kelepasan berbayar yang ia berhak di bawah subseksyen tersebut dan dalam keadaan tersebut ia hendaklah, sebagai tambahan kepada bayaran hari kelepasan yang ia berhak mendapat bagi hari tersebut:

(i) dalam hal pekerja yang diambil bekerja secara bulanan, mingguan, harian, jam atau lain-lain kadar bayaran yang sempa dibayar dua hari upah pada kadar biasa; atau

(ii) dalam hal pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja, dibayar dua kali ganda kadar biasa bagi satu kerja, tidak kira bahawa tempoh kerja yang dilakukan itu pada hari itu kurang daripada waktu-waktu kerja yang normal.

(aa) Bagi mana-mana kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja yang dirujukkan dalam perenggan (a)(i) yang melebihi waktu-waktu kerja yang normal pada hari kelepasan berbayar pekerja hendaklah dibayar pada kadar yang tidak kurang daripada tiga kali ganda kadar upah ikutjam.

(aaa) Bagi mana-mana kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja yang dirujukkan dalam perenggan (a)(ii) yang melebihi waktu-waktu kerja yang normal pada mana-mana hari kelepasan, pekerja hendaklah dibayar tidak kurang daripada tiga kali ganda kadar biasa bagi satu kerja.

(b) Seseorang pekerja yang bekerja pada hari kelepasan hendaklah berhak mendapat elaun perjalanan bagi hari itu jika kena dibayar kepadanya di bawah syarat perjanjiannya dengan majikannya tetapi pekerja tersebut tidak berhak di bawah subseksyen ini untuk menerima kadar tambahan mana-mana elaun perumahan atau elaun makanan.

(4) Bagi maksud-maksud seksyen ini jika mana-mana hari kelepasan tersebut jatuh pada setengah hari kerja, maka kadar upah biasa yang kena dibayar hendaklah kadar upah hari bekerja penuh.

60E. Cuti tahunan.

(1) Seseorang pekerja hendaklah berhak mendapat cuti tahunan berbayar:

(a) lapan hari bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika ia telah bekerja dengan majikan itu bagi tempoh kurang dari dua tahun;

(b) dua belas hari bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika ia telah bekerja dengan majikan itu bagi tempoh dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun; dan

(c) enam belas hari bagi setiap dua belas bulan perkhid- matan berterusan dengan majikan yang sama jika ia telah bekerja dengan majikan itu bagi tempoh lima tahun atau lebih, dan jika ia tidak cukup dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama sepanjang tahun yang mana kontrak perkhidmatannya tamat, haknya untuk mendapat cuti tahunan berbayar hendaklah mengikut nisbah langsung dengan bilangan bulan perkhidmatan yang dicukupkan:

Dengan syarat bahawa mana-mana pecahan dari satu hari cuti tahunan yang dikira sedemikian yang kurang dari setengah daripada satu hari hendaklah diabaikan, dan sekiranya pecahan daripada satu hari ialah setengah atau lebih ia hendaklah dianggap sebagai satu hari:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa sekiranya pekerja tidak hadir daripada kerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan munasabah bagi lebih daripada sepuluh peratus daripada hari kerja sepanjang dua belas bulan perkhidmatan berterusan berkaitan dengan mana haknya untuk mendapat cuti tersebut terakru ia tidak berhak mendapat cuti tersebut.

(1A) Cuti tahunan berbayar yang pekerja itu berhak di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi tambahan kepada hari-hari rehat dan hari-hari kelepasan berbayar.

(1B) Sekiranya seseorang pekerja yang sedang dalam cuti tahunan berbayar menjadi berhak mendapat cuti sakit atau cuti bersalin semasa dalam cuti tahunan itu, pekerja itu hendaklah diberikan cuti sakit atau cuti bersalin, mengikut mana yang berkenaan, dan cuti tahunan itu hendaklah dianggap sebagai tidak diambil bagi hari-hari di mana cuti sakit atau cuti bersalin yang diberikan sedemikian.

(2) Majikan hendaklah memberikan dan pekerja hendaklah mengambil cuti tersebut tidak lewat daripada dua belas bulan selepas berakhir setiap dua belas bulan berterusan perkhidmatan dan mana- mana pekerja yang gagal mengambil cuti tersebut pada akhir tempoh tersebut adalah dengan itu hilang kelayakan terhadap cuti tersebut:

Dengan syarat bahawa seorang pekerja adalah berhak kepada bayaran sebagai ganti cuti tahunan tertentu jika, atas permintaan majikannya, dia bersetuju secara bertulis tidak mengambil mana- mana atau semua cuti tahunan haknya.

(2A) Walau apa pun subseksyen (2) setelah penamatan kontrak perkhidmatan pekerja, pekerja itu hendaklah berhak mendapat sebelum penamatan itu berlaku, cuti tahunan berbayar yang boleh diambil dalam tahun yang mana berlaku penamatan itu bagi dua belas bulan perkhidmatan sebelum tahun di mana penamatan itu berlaku, dan, sebagai tambahan, cuti yang terakru bagi bulan-bulan perkhidmatan yang dicukupi sepanjang tahun di mana penamatan itu berlaku.

(3) Majikan hendaklah membayar pekerja kadar upahnya yang biasa bagi setiap hari cuti tahunan berbayar, dan pekerja atas kadar upah bulanan hendaklah dianggap sebagai telah menerima bayaran cuti tahunan jika ia menerima upah bulanannya, tanpa potongan bagi cuti tahunan, bagi bulan yang ia mengambil cuti tahunan itu.

(3A) Jika kontrak perkhidmatan telah ditamatkan oleh mana- mana pihak sebelum pekerja mengambil cuti tahunan berbayar yang mana ia berhak di bawah seksyen ini, majikan hendaklah membayar pekerja kadar upah biasanya bagi setiap hari cuti tersebut:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai sekiranya pekerja dipecat di bawah seksyen 14 (1) (a).

(3B) Sekiranya seseorang pekerja telah diberi cuti tanpa gaji oleh I majikannya dalam masa mana-mana tempoh dua belas bulan dan tempoh ketidakhadiran itu melebihi pada keselumhannya tiga puluh hari, maka tempoh cuti itu hendaklah tidak diambil kira bagi maksud menghitung tempoh perkhidmatannya dengan majikan itu di bawah seksyen ini.

(4) Menteri bolehlah, melalui pemberitahu dalam Warta me- netapkan tempoh-tempoh bila dan menetapkan cara-cara di mana cuti tahunan boleh diberikan kepada pekerja dalam jenis-jenis pekerjaan yang berbeza atau golongan-golongan pemsahaan yang berbeza.

60F. Cuti sakit.

(1) Seseorang pekerja hendaklah, selepas pemeriksaan atas per- belanjaan majikan:

(a) oleh seorang pengamal pembatan berdaftar yang dilantik dengan sempurna oleh majikan; atau

(b) jika tiada pengamal perubatan sedemikian dilantik atau, jika berhubung kepada jenis atau keadaan-keadaan ke- sakitan, perkhidmatan pengamal perubatan yang dilantik tidak boleh didapati dalam masa atau jarak yang munasa- bah, oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang lain atau oleh seorang pegawai perubatan, berhak mendapat cuti sakit berbayar;

(aa) sekiranya tidak perlu dihospitalisasi:

(i) empat belas hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekeija untuk kurang dari dua tahun;

(ii) lapan belas hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekerja untuk dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun;

(iii) dua puluh dua hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekerja untuk lima tahun atau lebih; atau

(bb) enam puluh hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika hospitalisasi adalah perlu, sebagaimana yang diperakui oleh pengamal pembatan berdaftar atau pegawai pembatan tersebut:

Dengan syarat bahawa jumlah bilangan hari cuti sakit berbayar dalam sesuatu tahun kalendar di mana seseorang pekerja berhak di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi enam puluh hari pada keselumhannya:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa jika seseorang pekerja adalah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan sebagai cukup sakit yang me- merlukan hospitalisasi tetapi tidak dihospitalisasikan atas apa-apa sebab, pekerja itu hendaklah dianggap sebagai dihospitalisasikan bagi maksud-maksud seksyen ini.

(IA) Seorang pekerja adalahjuga berhak kepada cuti sakit yang dibayar di bawah perenggan-perenggan (aa) dan (bb) subseksyen (1) selepas pemeriksaan oleh seorang doktor pergigian sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pergigian 1971:

Dengan syarat bahawa hak bagi cuti sakit tersebut hendaklah termasuk bilangan hari yang diperuntukkan di bawah perenggan- perenggan (ad) dan (bb) subseksyen (1).

(2) Seseorang pekerja yang tidak hadir kerana cuti sakit:

(d) yang tidak disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) atau seorang doktor pergigian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (lA);atau

(b) yang disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan atau doktor pergigian tersebut, tetapi tanpa memberitahu atau tanpa cuba memberitahu majikannya darihal cuti sakit tersebut dalam masa empat puluh lapanjam daripada cuti sakit itu bermula, hendaklah dianggap sebagai tidak hadir kerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan munasabah bagi hari-hari yang ia tidak hadirkerja.

(3) Majikan hendaklah membayar kadar upah yang biasa kepada pekerja bagi setiap hari cuti sakit tersebut, dan seseorang pekerja atas kadar upah bulanan hendaklah dianggap telah menerima bayaran cuti sakitnya jika ia menerima dari majikannya upah bulanannya, tanpa potongan bagi hari-hari di mana ia mengambil cuti sakit, bagi bulan yang mana ia mengambil cuti sakit tersebut.

(4) Tiada pekerja yang berhak untuk mendapat cuti sakit berbayar bagi tempoh di mana pekerja berhak mendapat elaun bersalin di bawah Bahagian IX, atau bagi mana-mana tempoh di mana ia menerima sebarang pampasan bagi ketidakupayaan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau bayaran berkala kerana hilang upaya sementara di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

60G. (Ditinggalkan).

60H. (Ditinggalkan).

60i. Tafsiran.

(1) Bagi tujuan-tujuan Bahagian ini dan Bahagian IX:

(a) “kadar upah biasa” ertinya upah sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2, sama ada dikira mengikut bulan, minggu, hari, jam atau kadar sebahagian, atau selainnya yang mana seorang pekerja adalah berhak menerima di bawah syarat-syarat kontrak perkhidmatannya untuk waktu bekerja biasa bagi sehari, tetapi tidak termasuk sebarang pembayaran yang dibuat di bawah skim gaji galakan yang diluluskan atau apa-apa pembayaran untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat atau pada hari kelepasan am yang diwartakan yang diberikan oleh maji- kan di bawah kontrak perkhidmatan atau mana-mana hari yang digantikan bagi hari kelepasan am yang diwartakan; dan

(b) “kadar bayaran ikut jam” ertinya kadar bayaran biasa dibahagi dengan waktu bekerja biasa.

(1A) Sekiranya seseorang pekerja bekerja pada kadar upah bulanan, kadar upah biasa hendaklah dikira mengikut formula seperti berikut:

        kadar upah bulanan

        _______________

                26

(1B) Sekiranya seseorang pekerja bekerja pada kadar upah mingguan, kadar upah biasa hendaklah dikira mengikut formula seperti berikut:

        kadar upah mingguan

        __________________

                6

(lc) Sekiranya seseorang pekerja bekerja pada kadar upah harian atau mengikut kadar-kadar, kadar upah biasa hendaklah dikira dengan membahagikan jumlah besar upah yang diperolehi oleh pekerja itu selama tempoh upah dahulu (tidak termasuk apa-apa pembayaran yang dibuat di bawah sesuatu skim gaji galakan yang diluluskan atau bagi kerja yang dilakukan pada mana-mana hari rehat, mana-mana hari kelepasan am yang diwartakan yang diberi oleh majikan di bawah kontrak perkhidmatan atau mana-mana hari yang digantikan bagi hari kelepasan am yang diwartakan) dengan bilangan sebenar hari-hari pekerja itu telah bekerja dalam masa tempoh gaji itu (tidak tennasuk mana-mana hari rehat, mana-mana hari kelepasan am yang diwartakan atau mana-mana hari kelepasan berbayar yang digantikan bagi hari kelepasan am yang diwartakan).

(1D) Bagi maksud-maksud bayaran bagi cuti sakit di bawah seksyen 60p, pengiraan kadar upah biasa seseorang pekerja yang bekerja pada kadar upah harian atau mengikut kadar-kadar di bawah subseksyen (1C) hendaklah mengambil kira hanya upah pokok yang diterima oleh pekerja itu atau kadar mengikut kadar dia dibayar bagi kerja yang dilakukan dalam sehari di bawah kontrak perkhidmatan.

(2) Seseorang majikan boleh mengambil mana-mana kaedah atau formula dalam subseksyen (1A), (1B) atau (1C) untuk mengira kadar upah biasa seseorang pekerja; tetapi mana-mana kaedah atau for- mula lain yang diambil tidaklah boleh mengakibatkan sesuatu kadar yang kurang daripada mana-mana kadar yang diperuntukkan dalam subseksyen-subseksyen tersebut.


(3) Bagi tujuan seksyen ini, Ketua Pengarah boleh, atas per mohonan dibuat kepadanya secara bertulis oleh majikan, meluluskan secara bertulis sebarang skim bayaran insentif sebagai skim bayaran insentif yang telah diluluskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan