::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

25 Jun, 2016

Prosedur Rayuan Bagi Guru Yang Gagal TBBK



Langkah 1 : Kenapa Gagal?
Yang pertama, kena fahamkan dulu masalah. Gagal dalam TBBK ini adalah kerana mendapat markah penilaian kurang daripada 80%. Boleh rujuk 2 surat dari KPM kepada JPN Negeri yang menyatakan bahawa ada pegawai yang tidak melepasi Kriteria Kecemerlangan (KC) iaitu markah kurang daripada 80%.

Surat Rujukan
KP(PP)0017/18/6/30 Jld.4(8) bertarikh 4 Februari 2014
KP(PP)SULIT 0063/1/1 Jld.17(16) bertarikh 14 Februari 2014


Langkah 2 : Kemukakan Rayuan
Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mendapat markah kurang daripada 80%, anda boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diterima dengan menggunakan Borang Rayuan Lampiran E kepada Panel Rayuan untuk penilaian semula.

Tapi ingat, rayuan bagi penilaian kriteria hanyalah dibenarkan sekali sahaja. Buat betul-betul sebaik mungkin. Bak kata Pengakap, "Buat Sehabis Baik"!


Langkah 3 : Kenali Panel Rayuan 
Panel Rayuan adalah badan yang terdiri daripada 2 ahli, yang bertanggungjawab membuat penilaian semula. Mereka perlu bersidang dalam tempoh 3 bulan dari tarikh rayuan diterima.


Langkah 4 : Kemukakan Laporan Panel Rayuan

Selepas selesai dinilai semula, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan Laporan Panel Rayuan dengan mengemukakan Lampiran F ke JPN Negeri untuk dipanjangkan ke KPM bagi pertimbangan dan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan