::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

08 Jun, 2017

Peraturan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Kemudahan Cuti Sakit


Selaras dengan perkembangan amalan perubatan di sektor awam dan swasta, Kerajaan telah bersetuju meminda peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit.

Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan budi bicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit.




PELAKSANAAN

Kemudahan cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:

a. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau

b. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan

c. jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.


PINDAAN

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, peruntukan Perintah Am 15 Bab C yang berkaitan dengan penerimaan sijil sakit swasta oleh Ketua Jabatan adalah dipinda seperti di perenggan 3(a), (b) dan (c).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan