::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

04 April, 2017

NKRA KPM; Linus NKRA dan SAPS NKRA


NKRA ialah Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NATIONAL KEY RESULT AREAS. NKRA dilancarkan pada 11 Julai 2009 oleh Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak. Linus NKRA dan SAPS NKRA pula secara ringkasnya sebagai medium pelaksana.

Secara umumnya, NKRA ini tertumpu kepada 6 bidang besar iaitu :
-Mengurangkan jenayah – Menteri Dalam Negeri
-Memerangi rasuah – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
-Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu & termampu – Menteri Pelajaran Malaysia
-Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
-Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
-Menambah baik pengangkutan awam bandar – Menteri Pengangkutan


Login LINUS NKRA & SAPS NKRA


Login ke LINUS NKRA & SAPS NKRA


National Key Result Areas Kementerian Pendidikan Malaysia

Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub National Key Result Areas terbahagi kepada 4 iaitu :

1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah
Kerajaan kita akan mengiktiraf serta memberikan ruang kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan sosioekonomi. Hal ini kerana ilmu dianggap sebagai satu cahaya yang menyuluh hidup rakyat. Yang mampu mengubah nasib rakyat dari susah kepada kehidupan yang jauh lebih baik. Perdana Menteri mahukan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi. Oleh sebab itu, anak-anak muda mestilah kreatif, inovatif, penuh dengan moral atau nilai-nilai murni yang tinggi serta mampu bersaing dengan mereka diluar sana.

2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS)
Kerajaan menitik beratkan ilmu pengetahuan dan mahukan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik. Bagi pihak kerajaan, pendidikan yang terbaik mestilah bermula dari prasekolah lagi. Perdana Menteri telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.
Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.


Apa itu LINUS NKRA & SAPS NKRA

SAPS NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebenarnya, SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. NKRA pula adalah singkatan untuk maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara). Sistem SAPS Ibu Bapa berfungsi bagi menolong dan memudahkan ibu bapa memantau prestasi pendidikan anak-anak mereka disekolah melalui keputusan peperiksaan. Ianya merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah.

SAPS ini dibahagikan kepada 2 iaitu

-SAPS Guru
-SAPS Ibu Bapa Sekoleh Rendah & SAPS Ibu Bapa Sekolah Menengah

SAPS guru ini berfungsi sebagai aplikasi atau sistem untuk guru memasukkan data markah peperiksaan murid-murid. Manakala SAPS Ibu Bapa ini pula menjadi tempat untuk ibu bapa memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang telah diisi oleh guru beserta ulasan keputusan peperiksaan mereka.


LINUS NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia

Program LINUS ialah satu program penambahbaikan bagi program sedia asal iaitu (KIA2M). Berlandasarkan bidang keberhasilan ini dibawah sektor pendidikan, LINUS ini bertujuan untuk memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 telah dapat menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

Secara asasnya, LINUS membawa maksud :

-LI (Literasi) Iaitu lebih kepada bahasa.
-NU (Numerasi) Iaitu lebih kepada nombor atua pengiraan.
-S (Screening – Saringan)
-LI+NU+S = LINUS

Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS NKRA pula membawa maksud Program Saringan Literasi dan Numerasi bagi mencapai target NKRA yang telah ditetapkan.

Pengumuman Portal NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh pengisian data murid Saringan 1, 2017 di Portal tersebut bagi LINUS 2.0 : Literasi Bahasa Melayu, Numerasi & Literasi Bahasa Inggeris pada 24 April 2017 hingga 5 Mei 2017.

1. Id Pengguna dan Katalaluan untuk PPD dan sekolah masih sama seperti pengisian LINUS

2. Senarai nama murid untuk pengisian data Saringan LINUS adalah dimuat turun senarai nama dikemaskini di dalam APDM. Sebarang masalah bekaitan murid yang tidak diperolehi di Portal NKRA, sekolah perlu mengemaskini dahulu data murid di APDM.

Tindakan Sekolah :

3. Guru diminta mengisi tahap penguasaan murid yang ada di dalam senarai nama murid di kelas masing-masing ketika ini. Kemudian, guru diminta menyemak dari semasa ke semasa di “semak data murid” (APDM) mengikut kelas masing-masing untuk melihat nama murid telah dikemaskini atau tidak. Sekiranya data murid KLIK di KOTAK yang KOSONG pada nama murid berkenaan. Dan nama murid tersebut akan dimasukkan di dalam senarai nama sekolah tersebut. Import data murid dilakukan hanya sekali sahaja semasa membuka Portal NKRA. Penambahan murid terutama murid yang tercicir, guru perlu menyemak di APDM.

4.  Sekolah boleh DELETE pada lambang TONG SAMPAH untuk murid yang telah berpindah, kelas yang telah tiada atau kelas PPKI.

5. Senarai nama sekolah mengikut PPD yang dimuat turun di dalam Portal NKRA untuk pengisian data murid di muat turun daripada EMIS yang dikemaskini.


Pegawai FasiLINUS (LBM, Numerasi & LBI) di semua JPN & PPD dikehendaki membimbing dan membantu guru di sekolah bagi pengisian data murid bagi Saringan 1, 2017 LINUS2.0 LBI seliaan masing-masing, serta verifikasi data perlu dilakukan oleh PPD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan