::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

28 April, 2017

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)


Mengenai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). LPPSA Merupakan institusi untuk staf kerajaan membuat pinjaman rumah melalui pembiayaan istimewa yang dicetuskan oleh kerajaan.

Apakah Keistimewaan LPPSA? Penjelasan A – Z.

Sistem Guru Online kali ini , akan berkongsikan panduan dalam LPPSA. Panduan ini amat berguna bagi staf awam ataupun sektor kerajaan terutama para sahabat guru sekalian.

rujukan : http://www.mohdelam.com/mortgage-3/panduan/pinjaman-kerajaan-vs-pinjaman-bank/

rujukan : http://gilahartanah.com/loan-rumah-terbaik-yang-staf-kerajaan/


Keistimewaan LPPSA berbanding Pinjaman Lain.

1.Pinjaman Perumahan sehingga 100% Pembiayaan.
-Contoh Loan LPPSA : Harga rumah RM 300,000. Jumlah pembiayaan perumahan juga sehingga RM 300,000.

-Contoh Loan Bank : Harga rumah RM300,000. Jumlah pembiayaan maksimum sehingga 90% iaitu RM 270,000. Selebihnya harus dibayar dengan bayaran deposit.

Kesimpulan : Kita perlu menyediakan bayaran 10% untuk rumah berharga RM 300,000 iaitu RM 30,000.

2. Kadar Faedah atau Interest 4% yang tetap
-Loan LPPSA : 4% Interest ataupun Kadar Faedah Setahun.
-Loan Bank : 4 hingga 7%. Kadar peratusan bank bergantung pada harga rumah. Makin tinggi harga rumah yang dibeli, makin rendah kadar faedah bank dikenakan.
-Kadar Bank bergantung pada sistem BLR (Base Lending Rate iaitu Base Rate + p.a)

Kesimpulan : Kadar Faedah Loan LPPSA sangat rendah dan tetap. Ianya merupakan tawaran yang sukar didapati dari mana mana bank di Malaysia.



3. Tempoh pinjaman (loan tenure)
-Loan LPPSA : Pinjaman selama 30 tahun (bagi rumah LPPSA pertama), 25 tahun (bagi rumah LPPSA kedua) dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam mencapai 90 tahun

Contoh pengiraan 1 : Abu mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
Loan : 30 tahun
Tamat Loan Abu berumur 60 tahun.

Contoh pengiraan 2 : Abu mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun
Loan : 30 tahun
Tamat Loan Abu berumur 90 tahun

-Loan Bank : Pinjaman selama 35 tahun dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam 75 tahun.

Contoh pengiraan 1 : Aziz mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
Loan : 35 tahun
Tamat Loan Aziz berumur 65 tahun

Contoh pengiraan 2 : Aziz mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun
Loan : 15 tahun sahaja
Tamat Loan Aziz berumur 75 tahun

Kesimpulan apabila tempoh loan makin singkat, maka pembiayaan bulanan akan lebih tinggi. Di sini pembiayaan LPPSA boleh menawarkan pembiayaan lebih rendah walaupun umur anda sudah lebih 40 tahun.


Bagaimana Cara Memohon LPPSA

Terlebih dahulu, beberapa perkara penting dibuat sebelum memohon LPPSA ataupun SPPB. Perkara tersebut sudah pastilah anda perlu kenalpasti rumah yang ingin dibeli.

Senarai perkara yang perlu dikenalpasti sebelum memohon pembiayaan LPPSA

-Rumah yang ingin dibeli
-Jumlah kelayakan pinjaman
-Adakah rumah yang ingin dibeli panel kepada pinjaman LPPSA
-Panel Insurans yang ingin dipilih

Perkara perkara ini akan dikongsikan oleh kami di bahagian bawah posting ini.

Untuk membuat permohonan pinjaman perumahan, anda bolehlah memohon secara online melalui laman web Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu. Anda haruslah menepati carta alir di bawah bagi meneruskan dengan pembiayaan ini.




Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA 2017


Tiada ulasan:

Catat Ulasan