::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

28 Julai, 2016

Sambutan Hari Raya di S.K.KEM


Bersama- sama Dato' Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ketua Sektor Kemanusiaan, KPP Ahmad Yani, Ketua PPD Kota Bharu dan Guru Besar QIT Pengkalan Chepa. Guru Besar S.K.Panji merupakan Pengerusi QIT Pengkalan Chepa dan merupakan EXCO MGB.




25 Julai, 2016

Bidang Tugas Guru Perpustakaan Dan Media (GPM)

         



Peranan dan Tanggungjawab Guru Penyelaras Bestari (GPB)




Peringkat : Sekolah Menengah dan Rendah
Jawatan : Guru Penyelaras Bestari (GPB)
Waktu bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi persekolahan.

20 Julai, 2016

Mata Pelajaran Pengekodan Di Sekolah


Coding In Malaysian National Schools Sounds Fantastic, 
But Here Are 5 Things That We Should Consider

I’m happy with the news that coding is going to be introduced in school curricula next year. Straight off the top of my head, I can already list off some advantages: programming is probably going to be an essential language to know in this flourishing digital age; being able to code helps you understand so much more about all the technology around you; it will be an advantage and eventually, a possible necessity when they join the workforce and it also fosters logical thinking and problem solving skills.

14 Julai, 2016

Mengesan Pengetua/Guru Besar Engkar Arahan Mengajar Di Sekolah


Muat Turun;



Tanggungjawab Mengajar Bagi Pengetua dan Guru Besar Di Sekolah

Penegasan perlu diberikan kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa mereka dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya lima (5) waktu seminggu, di samping melaksanakan tugas-tugas penyeliaan dan pentadbiran di sekolah.

Pada masa-masa tertentu di mana Pengetua atau Guru Besar tidak dapat memasuki kelas kerana menghadiri mesyuarat atau urusan rasmi Jabatan, Pengetua atau Guru Besar berkenaan hendaklah mengatur supaya dapat bertukar jadual waktu kelas dengan seorang guru lain yang juga mengajar kelas tersebut. Guru yang memasuki kelas dalam waktu Pengetua atau Guru Besar hendaklah mengajar mata pelajarannya sendiri dan tidak sebagai guru ganti.

Pengetua atau Guru Besar akan tetap mengajar mata pelajarannya sekurang-kurangnya lima (5) waktu seminggu, walaupun tidak mengikut waktu yang ditetapkan dalam jadual.

Apa yang dimaksudkan Pengetua/GB tidak patuh arahan (Surat Siaran KPPM Bil.5/1998);



PROSES PENGESANAN

TINDAKAN

13 Julai, 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri



Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 
Peringkat S.K.Panji Tahun 2016/1437H













Pengiraan Kelayakkan LPPSA [Pinjaman Perumahan Kerajaan]



Masih ramai kakitangan awam yang kurang mahir mengira kelayakkan pembiayaan perumahan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Berikut merupakan info yang dapat  membantu memberi penerangan bergambar cara pengiraan pinjaman perumahan kerajaan.

12 Julai, 2016

Pemangkuan PPP Sebagai Guru Besar Gred 41 Ke 44 Secara KUP





PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU BESAR DARI GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI TAHUN 2016


Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Gred DG41 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2016 bermula 11 Julai 2016 sehingga 21 Ogos 2016.

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di Gred DG41 sebelum atau pada 31 Oktober 2016 sebagai Pengetua/Guru Besar serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat). Permohonan yang dikemukakan ke BPSM secara luar talian tidak akan dipertimbangkan.

Bagi Guru Besar yang layak dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (KUP) secara Time-Based Ex-PPPLD pada Tahun 2016 dan 2017 adalah TIDAK DIBENARKAN memohon urusan pemangkuan Laluan Khas ini memandangkan tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK Ex-PPPLD adalah lebih awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK Ex-PPPLD tertakluk kepada iklan yang akan dibuka.

Iklan boleh mula dipohon mulai 11 Julai 2016. Keterangan lanjut sila rujuk Surat Siaran.


09 Julai, 2016

Selamat Kembali Ke Sekolah




Aplikasi Geng UPSR


Geng UPSR kembali lagi! Biarpun ingatan Hud sudah pulih tetapi dia dan kawan-kawannya menghadapi cabaran yang lain pula, iaitu format baharu UPSR serta sikap Cikgu Aznil yang tiba-tiba menjadi garang dan tegas! Geng UPSR juga semakin berkembang dengan kehadiran dua rakan baharu, Nasir dan Vikneswary. Saksikan telatah lucu mereka bersama aplikasi Superhero Geng UPSR!