::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

30 April, 2016

Pengurusan Kemudahan Cuti Guru



Cuti mengikut Perintah Am Bab C 1974 ditafsirkan sebagai sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Ini bermakna pegawai yang menggunakan kemudahan cuti masih lagi merupakan seorang penjawat awam dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa yang perlu dipatuhi.

Dalam konteks penjawat awam yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kemudahan cuti terbahagi kepada empat (4) kategori yang utama seperti berikut:
- Cuti Kerana Perkhidmatan;
- Cuti Atas Sebab Perubatan;
- Cuti Tanpa Rekod; dan
- Lain-lain Cuti.


29 April, 2016

Panduan Menangani Histeria Di Sekolah

Panduan Menangani Histeria Di Sekolah [klik sini]


Baru- baru ini kes histeria banyak terjadi di sekolah. Terdapat SOP khusus yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan berhubung isu ini. Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami pelbagai tekanan dan kecelaruan sehingga membawa kepada tekanan emosi (stres). Kejadian Histeria yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah boleh dikaitkan dengan tekanan emosi yang dialami oleh murid samaada di sekolah atau di asrama