::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

31 Mac, 2016

Lawatan Ke Pesta Buku


Lawatan Ke Pesta Buku Kelantan 2016










Gotong Royong dan Aktiviti Mewarna


Gotong Royong Membasmi Nyamuk Aedes
dan Aktiviti Mewarna

Pendidikan Wajib: Memastikan Usia Murid Mengikut Tarikh Kelahiran

[sumber foto: www.beritacianjur.com]


Berikut disertakan kohot umur bagi sesi persekolahan 2016.

    02.1.09 - 1.1.2010 = Thn 1
    02.1.08 - 1.1.2009 = Thn 2
    02.1.07 - 1.1.2008 = Thn 3
    02.1.06 - 1.1.2007 = Thn 4
    02.1.05 - 1.1.2006 = Thn 5
    02.1.04 - 1.1.2005 = Thn 6
    02.1.03 - 1.1.2004 = Ting. 1

30 Mac, 2016

Ciri Pembelajaran Abad ke 21


10 Ciri Pembelajaran Abad ke 21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

Cuti Rehat Khas (CRK) Untuk Penjawat Awam



Secara umumnya CRK ini diperuntukkan sebanyak 7 hari dalam setahun. Cuti ini tidak boleh dibawa kehadapan jika tidak habis digunakan, tetapi boleh dikira untuk mendapat GantianCuti rehat (GCR ). Gantian Cuti Rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Pesanan Buku Teks SPBT Kegunaan 2017


eSPBT : Pesanan Buku Teks SPBT Kegunaan 2017


Pesanan buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah melalui sistem eSPBT. Laman web eSPBT ialah https://espbt.moe.gov.my/. Berikut ialah panduan memesan buku teks SPBT melalui eSPBT.

29 Mac, 2016

Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Murid Sekolah [SEGAK]



Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan 
Untuk Murid Sekolah [SEGAK]


Pada hari ini telah diadakan ujian SEGAK untuk semua murid tahun 4,5 dan 6. Ujian SEGAK ini dijalankan sehingga waktu rehat tahap 2. SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"

Flipped Classroom; Pembelajaran abad 21

Flipped Classroom

Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah Flipped Classroom. Dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru Kimia di Woodland Park High School, flipped classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan Academy. 

28 Mac, 2016

Pinjaman Pembiayaan Komputer Bagi Penjawat Awam


Pinjaman Pembiayaan Komputer Untuk Penjawat Awam



1. Definisi Pembiayaan Komputer

Pinjaman kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk membeli komputer dengan perkakasan dan perisian bagi tujuan peningkatan komputer.

2. Pekeliling Mengenai Peraturan dan Syarat Pinjaman

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2009

    Pindaan Syarat Skim Pembiayaan Komputer Bagi Anggota Perkhidmatan Awam
    SPP 8/2008 Dibatalkan

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2000

    Membenarkan Anggota Perkhidmatan Awam Mendapatkan Pembiayaan Kali Kedua Bagi Pembelian Komputer
    Dibatalkan Oleh SPP 10/2009

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 1992

    Peraturan-Peraturan Dan Syarat-Syarat Mengenai Pembiayaan Komputer Bagi Anggota Perkhidmatan Awam
    Para 6.2 Dibatalkan Oleh SPP 3/1993,
    Rujuk Bersama SPP 14/1993

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 14 Tahun 1993

    Kemudahan-Kemudahan Di Bawah Sistem Saraan Baru Yang Diberi Kepada Semua Anggota Perkhidmatan Awam

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 1993

    Pemansuhan Syarat Seorang Penjamin Dalam Skim Pembiayaan Komputer Bagi Anggota Perkhidmatan Awam
    Meminda Para 6.2 PP 8/1992

3. Borang Kewangan dan Dokumen Sokongan

    Borang permohonan pembiayaan komputer : Kew. 317 – 5 salinan
    Surat perjanjian : Kew. 318
    Salinan kad pengenalan yang disahkan.
    Salinan penyata gaji terkini yang disahkan.
    Sebutharga yang dicop dan ditandatangani oleh pembekal.
    Surat pengesahan wang beza sekiranya harga komputer yang dipohon melebihi jumlah pinjaman yang diluluskan.
    Borang Opsyen – Pemilihan Umur Persaraan.

4. Senarai Semak

5. Kaedah Perakaunan

Kumpulan wang Amanah Pinjaman Komputer ( Kod 854501)

i. Pengeluaran Pinjaman:

Debit 854501

Kredit Bank

ii. Bayaran Balik Pinjaman:

    Secara Tunai di Bhg Kew. Pejabat Peminjam

Debit Tunai
Kredit 854501

    Secara Potongan Gaji

Debit Vot Gaji Peminjam
Kredit 854501
* Kod Potongan Gaji - 4184

Muat Turun:


Sumber:

Unit Pinjaman Kenderaan dan Komputer
Seksyen Pengurusan Perakaunan Pinjaman

Bahagian Pengurusan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA)

Meninggal Dunia Ketika Berkhidmat, Kesannya Terhadap Pegawai Awam

KESAN TERHADAP PENJAWAT AWAM JIKA 
MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN




Panduan ini bertujuan untuk menerangkan pemberian faedah terbitan di bawah undang-undang pencen kepada orang tanggungan pegawai berpencen Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri dan pekerja berpencen Perkhidmatan Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan dan pegawai sementara Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri yang mati dalam perkhidmatan atau yang mati dalam persaraan (selepas ini disebut gemulah) dan urusan permohonannya.






24 Mac, 2016

Konsep 4C: Pembelajaran Abad 21 (PAK21)

Cikgu kena fahamkan apa yg dimaksudkan dgn pembelajaran PAK21. Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya berteraskan kepada susunatur meja serta penggunaan tools seperti traffic light, reward, parking lot sahaja, sebaliknya lebih besar daripada itu. PAK21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting proses pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar.

23 Mac, 2016

Persaraan Pilihan Untuk Penjawat Awam

Syarat - Syarat Persaraan Pilihan 
Untuk Para Penjawat Awam


Berikut merupakan Syarat-Syarat Persaraan Pilihan Untuk Para Penjawat Awam


Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21
Berikut adalah contoh-contoh aktiviti berasaskan Pembelajaran abad ke-21;

22 Mac, 2016

HOTs (Higher Order Thinking Skills) dalam Sains dan Matematik

HOTs Higher Order Thinking Skills Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sains dan Matematik

HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.

21 Mac, 2016

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGOPERASIAN SEKOLAH SEMASA FENOMENA EL NINO DAN GELOMBANG HABA




20 Mac, 2016

Selamat Kembali Ke Sekolah




Kesan Cuti Separuh Gaji Dan Cuti Tanpa Gaji Tehadap Perkhidmatan Pegawai





Surat Pekeliling Perkhidmatan BILANGAN 4 TAHUN 2009 ini bertujuan menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji oleh Pihak Berkuasa Melulus sama ada Ketua Jabatan atau Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

16 Mac, 2016

Penulisan Refleksi RPH

Penulisan Refleksi  RPH Yang Mudah, Tepat dan Ringkas 

 



Contoh refleksi dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH):

🎓 Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini

🎓 Murid - murid dapat menguasai kesemua aras P&P

🎓 Murid-murud dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari

🎓 Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif

🎓 Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target

🎓 Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran

📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran

📚 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran

📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran

📚 10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran

📖 Murid-murid telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya

📖 Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti P&P kerana kesuntukan masa

📖 Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

📖 Sebahagian murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

📖 Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP
 
📖 Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah

📒 Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan

📒 Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid2 tidak menguasai objektif pembelajaran


**Ubahsuai ikut keperluan guru-guru.

14 Mac, 2016

Melindungi Masa Instruksional

MMI ; Melindungi Masa Instruksional








Apa itu MMI Melindungi Masa Instruksional

1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?

MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan.

2. Adakah MMI satu dasar baharu?

MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional.
MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak KPM.

3. Apakah perlu MMI di sekolah?

MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep ”Guru Mengajar dan Murid Belajar”.

4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?

Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI.

5. Apakah faedah MMI kepada murid?

Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

6. Siapakah urus setia MMI?

Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran
Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
Pimpinan sekolah

7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?

JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK Kurikulum.

8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di luar sekolah?

MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah.

9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah pihak pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai aktiviti tersebut?

Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan keperluan dan keutamaan peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan boleh menyertai aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid sepanjang ketiadaannya di sekolah.

10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu menyediakan pelbagai bentuk laporan?

MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI dengan berkesan.

11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?

Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.

12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?


Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru- guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.

13 Mac, 2016

Format Baru UPSR 2016

Format Baru Dan Instrumen Contoh Peperiksaan UPSR 2016

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

Format Baru UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan. 






INSTRUMEN CONTOH Format Baru UPSR 2016 - [Klik Sini]