::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

25 Jun, 2016

Laluan Naik Pangkat Dalam Perguruan



Terdapat 3 konsep laluan kerjaya sebagai guru ini, iaitu laluan HAKIKI, laluan KECEMERLANGAN dan laluan TIME-BASED. Laluan HAKIKI sebenarnya telah bermula sejak merdeka pada tahun 1957. Laluan KECEMERLANGAN pula hanya bermula pada tahun 1994. Dan laluan TIME-BASED adalah konsep laluan yang terbaru sekali diwujudkan, iaitu pada tahun 1998. Kemudian laluan TIME-BASED ditambahbaik kepada Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) pada tahun 2009 dengan tempoh kenaikan yang lebih singkat.


Laluan Kenaikan bagi PPPS




1. Hakiki

Pentadbiran
Bagi mereka yang berminat dengan tugas sebagai Pengetua, Guru Penolong Kanan atau pun Ketua Bidang / Guru Kanan boleh mencuba laluan ini. Gred Hakiki bagi Penolong Kanan adalah 48, manakala Ketua Bidang / Guru Kanan adalah 44.

IPGM / IAB
Perjawatan bagi pensyarah di Institut Perguruan Malaysia ataupun yang berkhidmat di Institut Aminudin Baki. Sekurang-kurangnya memiliki Master jika berminat untuk memohon.

Kolej Matrikulasi
Tempoh berkhidmat dalam 41 lebih kurang 5 - 6 tahun, dan akan diberi kenaikan kepada 44(Hakiki) atas perjawatan sebagai Pensyarah Kolej Matrikulasi. Walaubagaimanapun peluang untuk bergerak ke gred seterusnya adalah agak terhad dan terbatas serta dalam sesetengah kes perlu bergerak ke Kolej Matrikulasi yang ada kekosongan.

Tingkatan 6
Guru yang mengajar Tingkatan 6 juga boleh dilantik ke jawatan HAKIKI sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 atau sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6.


2. Cemerlang
Laluan alternatif untuk guru yang tak minat pentadbiran dan juga mahukan laluan lebih ekspres.

Pengetua Cemerlang

Pegawai Cemerlang

Pensyarah Cemerlang

Guru Cemerlang (SM)

Guru Cemerlang (SR)


3. Time-Based
Ini laluan paling selamat dan paling selesa dan paling banyak para guru menunggu. Sebab bila cukup tempoh, semua pun akan dapat. Jika dahulu masa menunggu timebased adalah sehingga 10 tahun, tetapi kini, dengan TBBK (Time Based Berasaskan Kecemerlangan) tempoh timebased menjadi lebih singkat dengan formula 8 - 8 - 6 - 4 . Tapi jangan tak tahu. Ada sesetengah kes di mana ada pegawai yang tidak berjaya dalam urusan TBBK ini.


Time Based Biasa

Time Based Bekas PPLD


4. Khas

Guru Besar Bekas PPLD



Laluan Kenaikan bagi PPPLD




1. Hakiki

2. GBC

3. Pengelola Cemerlang (JPN/ PPD)

4. GC

5. Pegawai Cemerlang

6. Time Based


Selain daripada yang dinyatakan di atas, beberapa jawatan lain juga dikatakan merupakan satu lagi laluan kenaikan pangkat, iaitu SISC+ dan juga SIP+. DIkatakan 2 jawatan ini akan mendapat kenaikan lebih ekspress berbanding Guru Cemerlang, iaitu terus naik kepada tangga gred yang seterusnya.

 p/s: Sumber rujukan utama  adalah merujuk kepada Ringkasan Laluan Kerjaya PPPS dan PPPLD (2009).





Tiada ulasan:

Catat Ulasan