::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

25 Jun, 2016

Kenaikan Pangkat Secara Timebased Bagi PPPS dan PPPLD di KPM



Bagi guru yang memilih laluan hakiki ini boleh bermula dari DGA29 hingga DGA34 atau bagi PPPS mereka boleh bergerak dari DG41 hingga JUSA C atau hingga jawatan tertinggi bagi seorang guru iaitu TURUS iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Bagi PPPLD jawatan hakiki untuk mereka ialah GPK untuk DGA32 dan GB untuk DGA34. Dan bagi PPPS jawatan hakiki yang tersedia untuk mereka ialah GPK untuk DG44, Pengetua untuk DG48, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (TPPD) untuk DG48, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) untuk DG52, Ketua Sektor untuk DG52/DG54 dan Pengarah Pelajaran JUSA C. Selain itu ada beberapa jawatan sebagai ketua unit di JPN telah dihakikikan sebagai DG48. 


Latar Belakang

1. Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi kaedah kenaikan pangkat PPP berdasarkan prinsip TBBK sebagai kesinambungan kepada transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan.

2. PPP yang layak dinaikkan pangkat pada 1 Januari 2012 hingga 30 Jun 2013 adalah tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan iaitu hanya mengambil kira markah LNPT dan tempoh perkhidmatan sahaja. Mulai 1 Julai 2013, penilaian tahap kecemerlangan dikuat kuasakan selaras dengan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia JPA. BK (S) 255/4/5 Jld. 5 (56) bertarikh 13 April 2012 dan JPA.BK(S) 255/4/5 Jld. 7(13) bertarikh 10 Januari 2013.

3. Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan telah dikuatkuasakan selaras dengan surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013 mengenai Pemakluman Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran Bil.4 Tahun 2013 yang bersidang pada 17 Julai 2013.

4. Kenaikan pangkat TBBK dilaksanakan tanpa kekosongan jawatan setelah PPP memenuhi tempoh perkhidmatan dan syarat-syarat lain termasuk penilaian tahap kecemerlangan oleh Panel Penilai.


5. Kriteria Kecemerlangan ini telah dipersetujui bersama NUTP dan KONGRES dan telah diluluskan oleh LKPPP di JPA.

Tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat secara TBBK adalah seperti berikut:



Tujuan Pelaksanaan

1. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (JKK-MPGSA) Berhubung Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan Bagi Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

2. Y.A.B. Perdana Menteri dalam mesyuarat JKK-MPGSA pada 7 Disember 2012 telah bersetuju agar tarikh kuatkuasa pemakaian Kriteria Tahap Kecemerlangan dalam urusan kenaikan pangkat secara TBBK dipinda kepada 1 Julai 2013.

3. Memaklumkan kelulusan Kaedah Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berdasarkan surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013.


4. Menjelaskan kaedah pelaksanaan Kriteria Tahap Kecemerlangan kepada Panel Penilai dan Pegawai yang menguruskan urusan kenaikan pangkat PPP.


Pencapaian keseluruhan (LNPT dan kriteria kecemerlangan) yang perlu dicapai adalah 80% dan ke atas.Kelulusan cadangan kriteria kecemerlangan bagi pelaksanaan TBBK di KPM adalah seperti jadual berikut:-



Panel Penilai

1. Bertanggung jawab untuk menilai dan memperaku PPP yang layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat.
2. Terdiri daripada Pengerusi dan sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli atau lebih dalam jumlah yang ganjil.
3. Penilaian adalah berdasarkan dokumen yang telah disahkan dan dikepilkan bersama dengan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan.
4. Bersidang dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Penilaian hendaklah dibuat di tempat bertugas semasa PPP.


Panel Rayuan

1. PPP yang tidak diperaku oleh Panel Penilai boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diterima dengan menggunakan Borang Rayuan.
2. Rayuan hanya boleh dibuat sekali (1) sahaja untuk sesuatu urusan penilaian tahap kecemerlangan.
3. Panel Rayuan bertanggung jawab untuk membuat penilaian semula ke atas pegawai yang tidak diperaku. Panel ini terdiri daripada Pengerusi dan seorang ahli sahaja.
4. Panel Rayuan hendaklah bersidang dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh rayuan diterima.  Keputusan rayuan adalah berdasarkan semakan semula dokumen sokongan dan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan PPP.
5. Panel Rayuan perlu melengkapkan Borang Laporan Panel Rayuan Tahap Kecemerlangan dan mengemukakan keputusan rayuan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh seminggu dari tarikh Panel Rayuan bersidang.
6. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan berdasarkan keputusan Panel Rayuan kepada urus setia BPSM di KPM untuk pertimbangan dan keputusan LKPPP.


Calon Gagal Urusan Kenaikan Pangkat


1. Bagi pegawai yang gagal dalam urusan kenaikan pangkat, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan semula perakuan kenaikan pangkat pegawai selepas tempoh satu (1) tahun dari tarikh pegawai pertama kali dipertimbangkan. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat pegawai yang dipertimbangkan semula adalah tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh pegawai layak dinaikkan pangkat secara TBBK.

Berikut adalah syarat-syarat kenaikan pangkat secara timebased untuk setiap gred DG:

1. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG29 KE DG32


2. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG32 KE DG34


3. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG34 KE DG38


4. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG41 KE DG44


5. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG44 KE DG48


6. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG48 KE DG52


7. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG52 KE DG54


8. KENAIKAN PANGKAT PKP






Tiada ulasan:

Catat Ulasan