::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

20 Mac, 2016

Kesan Cuti Separuh Gaji Dan Cuti Tanpa Gaji Tehadap Perkhidmatan Pegawai





Surat Pekeliling Perkhidmatan BILANGAN 4 TAHUN 2009 ini bertujuan menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji oleh Pihak Berkuasa Melulus sama ada Ketua Jabatan atau Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peraturan yang berkuat kuasa.


Peruntukan mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang bercuti terdapat dalam pelbagai peraturan seperti berikut:
*Perintah-Perintah Am Bab C (Cuti) 1974;
*Akta Pencen 1980 (Akta 227);
*Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239);
*Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
*Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990; dan
*P.U.(A)176/ 2005 - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Selain itu, peraturan kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang bercuti juga dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di Lampiran A.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan